RM5.90Ayam goreng keemasan, rangup di luar dan juicy di dalam.
Burger ayam crispy dari Kulai, Johor. Fillet ayam rangup di luar, juicy di dalam. Pilihan sos Korean, cheese atau garlic. Harga gerai, rasa macam restoran besar.
Spicy Korean RM6.50
Original RM5.90
Crispy Premium RM7.50
Ulasan sebenar pelanggan stall Bandar Indahpura di aplikasi penghantaran.
“Packagings are top tier and the burger as well. The chicken is cooked to perfection.”
“Ya Allah. In this economy harga macam ni. Sedap pulak tu. Semoga maju jaya business nya!”
“Sedap. Crispy. Isi ayam besar, nanti repeat lagi.”
“Terima kasih banyak bang, jual burger sedap dan murah. Semoga terus sukses.”
“Standard fried chicken burger. Simplicity is best.”
“Sedapp gilersss.”
Gunakan lokasi anda atau pilih kawasan. Status buka/tutup dikira mengikut waktu Malaysia.
Cara membuat pesanan: tekan ikon WhatsApp pada stall pilihan, pilih burger dan masa ambil, hantar, kemudian datang ambil dan bayar di stall (tunai atau QR).
Status mengikut jadual biasa. Cuti mengejut diumumkan di Instagram Zack's.
Stall baharu dibuka dari semasa ke semasa. Senarai penuh ada di Linktree Zack's.
Promosi, menu baharu, stall baharu dan cerita di sebalik Zack's. Pilih kategori yang anda minat.
Zack's Burger & Chicken ialah jenama street food yang berpangkalan di Indahpura, Kulai, Johor. Kami fokus pada satu perkara: burger ayam crispy yang sedap dan mampu milik. Stall pertama kami di Indahpura kini menjadi HQ untuk perluasan ke seluruh Johor dan seterusnya.
Makanan sedap tidak semestinya mahal. Setiap burger disediakan segar di stall supaya kualiti dan rasanya sama di setiap cawangan.
“Di sebalik setiap burger yang dijual, tersimpan sebuah impian.”
Zack bermula dengan menjual burger kecil-kecilan di tepi jalan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan kekurangan modal, dia tetap kuat demi mengejar impian untuk mengubah kehidupan keluarganya. Dengan usaha, kesabaran dan semangat yang tidak pernah padam, perniagaan Zack terus berkembang hingga kini mempunyai 21 cawangan di seluruh Johor. Bagi Zack, kejayaan bukan sekadar tentang wang, tetapi tentang membahagiakan ibu bapa, membalas pengorbanan mereka dan membantu orang lain mencari rezeki.
Model stall yang mudah dan senang dikembangkan: kos permulaan rendah, menu ringkas dan SOP yang jelas.
Modal RM10,000 pulang dalam ± 1 bulan
Anggaran HQ, bukan jaminan. Belum termasuk sewa tapak, gas dan elektrik. Hasil sebenar bergantung pada lokasi.
WhatsApp atau e-mel HQ kami di Kulai, Johor. Untuk soalan tentang stall tertentu, singgah terus ke lokasi.